Peringatan kepada diri sendiri
Esok akan ke Melaka. Berkursus.
Harap-harap semua akan beroleh kebaikan sana. Pening juga dengan perangai office mate. Masing-masing tak mahu duduk sebilik. Ada yang kata kurang ambik tahu, ada yang kata tak biasa. Haih...
Maka aku yang pekerja baru inilah yang melihat situasi tegang mereka. Malas mahu memberati pihak mana sebab tahu nanti akan wujud puakan sedangkan perginya di bawah satu nama jabatan.
Sebagai orang baru, perkara yang paling penting adalah belajar menyesuaikan diri, melihat keadaan dan tidak terlalu ringan mulut.
Menyesuaikan diri untuk bergaul dengan manusia dari peringkat umur yang berlainan.
Melihat keadaan untuk mengenal manusia
dan,
tidak terlalu ringan mulut untuk mengelak telajak perahu boleh ditarik, telajak kata badan binasa.
Sungguh dielak menjadi manusia terlalu peramah di awal perkenalan. Kerana nanti akan dicemuh. Emosi yang euphoria kadang-kadang melajakkan kata-kata yang adakalanya kurang enak di telinga orang lain.
Maka berpada-pada itu baik dan senyum itu ingredient yang super-lazat. Kurang bercakap banyakkan senyum tapi akal tetap berjalan. Itu namanya bijak.
Biar kita dikata pendiam kerana pendiam kita bukan bermaksud kita sombong. Cuma aturannya akal bercakap baru mulut berkata.
Orang-orang sini bukan sama dengan kawan-kawan masa studi. Maka jauh-jauhlah menganggap teman sepejabat itu adalah kawan. Seperti kata tadi, takut terlajak. Buruknya satu bumbung tahu.
Jangan hairan dengan bebelan ini. Ini cuma peringatan kepada sendiri yang adakalanya tersasar.
Biasalah,
manusia mana yang sempurna kan?
Peace out yo!